Terdahulu, Farid Kamil antara sebilangan artis yang bersuara lantang mengenai isu politik dan menyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad. Kini dia mendedahkan bahawa dia digam pihak produksi sejak Januari lalu kerana berbeza fahaman politik.

Menurut Farid Kamil, dia bukan sahaja di gam malah terdapat beberapa bayaran penuh masih belum dilunaskan pihak produksi tersebut walaupun ada diantara drama lakonannya itu sudah pun habis ditayangkan.

Saya baru sedar nama saya telah digam oleh pihak produksi sejak awal Januari lalu. Mereka tidak mahu mengambil saya bekerja. Sejak awal Januari lalu, nama saya kena tarik dan ada yang belum melangsaikan bayaran penuh kepada saya biarpun drama sudah habis ditayangkan.

Alasannya sebab saya terlalu lantang bersuara mengenai kerajaan terdahulu dan kes mahkamah saya itu kira kesimbungan apa yang berlaku.