Nilah orang kite, mengandung salah, tak mengandung pun salah. Begitulah nasib Fasha Sandha apabila terdapat segelintir peminat mempertikaikan kehamilannye. Terdapat gosip mengatakan Fasha Sandha telah hamil sebelum majlis pernikahannye kerana tarikh kehamilannye meragukan.

Fasha Sandha ditemubual menjawab.

“Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?

“Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.

“Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu,” katanya tegas.