Berita menggembirakan bagi pasangan yang baru berkahwin ini iaitu Fasha Sandha dan Jejai. Bakal ibu ini telah disahkan oleh doktor bahawa dia telah mengandung dua minggu apabila melakukan pemeriksaan Pregnancy Test. Doktor menasihatkan Fasha supaya berehat dan kurangkan membuat kerja berat. Pasangan ini telah bernikah pada 27 April lalu dan mereka baru sahaja pulang berbulan madu di Pulau Redang, minggu lepas. Tahniah kepada Fasha Sandha dan Jejai.

Selain dari Fasha Sandha, dua artis juga kini telah mengandung iaitu Iera Syazira, isteri kepada Azad Jazmin dan juga Amanda Misbun, adik kepada Haliza Misbun.