Pada awal bulan Jun, Fasha Sandha dikatakan mengamuk di laman twitternye pada seorang pelakon muda kerana lewat ke lokasi. Berita siapakah pelakon muda itu akhirnya tersebar dan pelakon muda itu ialah Iqram Dinzly.

Hubungan mereka dia kini dikatakan tegang apabila Iqram Dinzly bengang dengan kenyataan Fasha Sandha di twitter yang tanpa usul periksa menghentamnya. Iqram menjelaskan bahawa dia lewat kerana terlibat dengan kemalangan, dan difahamkan Fasha Sandha telah datang kepadanya untuk meminta maaf. Namun disebalik itu, Fasha dikatakan mengubah fakta mengatakan bahawa Iqram yang terlebih dahulu memohon maaf kepadanya dan ini dikatakan menimbulkan rasa kurang senang bagi pihak Iqram.

Iqram Dinzly menuduh Fasha Sandha telah menarik muka daripadanya kerana bengang terhadapa pihak produksi yang memilihnya sebagai hero drama Dewa Cintaku dan bukannya Aaron Aziz seperti yang Fasha Sandha mahukan.

p.s Hailah! ropenye bukan sebab Fasha berdisiplin tetapi kerana bengang Aaron Aziz bukan hero yang diharapkan. LOL!