Sunday , March 26 2023

Fathia Latiff pernah murung dikecam kerana sokong Tun M

Sebelum Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Pusat, Fathia Latiff antara artis-artis yang berani menyokong parti itu malah menurutnya dia mengalami kemurungan yang teruk kerana dikecam dan dihina oleh pelbagai pihak.

Kini dia akui menarik nafas lega kerana segala keperitan itu sudah berakhir saaat Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7

Saya pernah alami kemurungan yang teruk sebab bukan seorang dua yang hentam tapi beribu-ribu orang. Ketika itu saya tidak faham apa salah saya. Luahan saya di laman sosial itu disebabkan terlalu kagum dan minat dengan Tun Dr Mahathir. Tidak niat untuk memasuki dunia politik pun.

Saya percaya semua yang terjadi ada hikmah dan alhamdulillah, Allah membantu dan keluarga pun beri sokongan. Saya berharap dan berdoa agar tidak ada sesiapa yang akan lalui keperitan seperti saya. Saya ikhlas mengagumi Tun M dan terlalu teruja pernah temu bual beliau.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …