Tiga hari lepas, di ruangan CAK Harian Metro terpapar berita penerbit Nona melamar Fazura untuk menggantikan tempat Neelofa sebagai pengacara musim baru program Nona. Ramai juga kipas susah mati Neelofa dan kumpulan anti Fazura di forum terkenal mengecam berita ini.

Namun melalui kenyataan akhbar di Berita Harian hari ini, Fazura menerangkan dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana kesuntukan masa. Kami agak kecewa dia melepas tawaran tersebut kerana Fazura sangat berbakat dalam bidang pengacaraan walaupun sesetengah mereka mengatakan dia seorang yang miss fake.

Antara kenyataan Fazura Berita Harian adalah

Memang Faz ada terima tawaran daripada penerbit eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy, yang mahukan Faz jadi pengacara Nona. Terus-terang Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.

Bagaimanapun Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal. Insya Allah jika ada rezeki Faz pada masa akan datang, Faz akan terima.