Pelik, berita kecil di penghujung akhbar menceritakan mengenai perkahwinan Felix yang berlangsung hari ini. Apakah media sengaja menutup kisah Felix AF3 ini? Wallahualam.

Ape pun Felix, naib juara Akademi Fantasia musim ketiga telah disatukan dengan gadis pilihan hati, Lydia Larius Gijoh di sebuah gereja di Kota Kinabalu. Majlis resepsi pula akan berlangsung di Pusat Kebudayaan Penampang, Kota Kinabalu.

Lydia, merupakan seorang penari Lembaga Kebudayaan Sabah dan Felix mula berminat dengannya ketika melakukan persembahan di Dewan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun pada tahun 2006.

Gambar dipetik: Facebook David Aramaiti