Berita mengejutkan ramai pihak apabila Fezrul Khan dan isterinya, Noorhafizah kini telah bercerai. Menjadi tanda tanya kerana pasangan ini dilihat sangat romantik jika dilihat melalui sebuah rancangan televisyen baru-baru ini.

Menurut Fezrul, perceraian mereka adalah bukan kerana kehadiran orang ketiga namun ia adalah sebab konflik antara mereka berdua. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia 2 tahun yang diberi nama Farrel Khan dan rumahtangga mereka bertahan selama 3 tahun.

Dipetik Fezrul berkata

Benar saya sudah bercerai talak satu. Jodoh kami tidak panjang untuk meneruskan lagi perkahwinan ini. Kami bercerai bukan kerana orang ketiga tetapi konflik itu terjadi antara kami sendiri.

Buat masa ini saya sedang bekerja dan perlu memberikan sepenuh tumpuan supaya tidak hilang konsentrasi. Kalau boleh saya tidak mahu memikirkan atau membincangkan perihal perceraian ini.