Krisis rumahtangga pelakon, Fiza Halim dan penyanyi, Adam AF akhirnya terjawab apabila Fiza telah tampil memfailkan permohonan cerai dan bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada hari Isnin depan.

Gosip bermula minggu lalu apabila peminat melihat Fiza telah memadam semua gambar Adam di Insta miliknya dan beberapa gambar luahan hati memberi petunjuk bahawa hubungan mereka benar-benar bergolak.

Sebagai nota, mereka berkahwin pada 26 September 2013 selepas perkenalan singkat selama dua bulan.