Sekalung tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Fouziah Gous kerana telah disahkan hamil dua bulan setengah. Berita gembira itu dikongsi bersama selepas dia pulang dari menjalani penggambaran program Nona di Jepun pada Mac lalu.
Dipetik Fouziah Gous berkata
Mulanya saya tidak jangka hamil kerana saya memang mengalami masalah haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan.
Lantas, saya membuat ujian kehamilan sendiri sebanyak dua kali dan kedua-duanya memberi bacaan positif.
Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu gembira lagi dan minggu berikutnya barulah saya pergi membuat pemeriksaan di klinik biasa.
Hasilnya juga sama iaitu positif. Sekali lagi saya masih tidak puas hati dan mengajak suami untuk malkukan ujian di pusat perubatan swasta. Apabila diberitahu kandungan saya sudah berusia tujuh minggu, barulah saya yakin sepenuhnya
Kalau diikutkan sebelah keluarga saya ramai lelaki, manakala suami pula ramai perempuan. Namun, dalam soal ini saya dan suami tak kisah asalkan anak yang bakal lahir nanti cukup sifat, sempurna dan sihat