Video seorang gadis yang mengamuk dan memarahi seorang warga emas kerana melanggar kereta yang baru dibelinya telah menjadi viral di laman sosial.

Kejadian yang berlaku di Kuantan itu telah dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Gadis tersebut melontarkan amukan seperti “Ini kereta barulah bodoh!” dan “I don’t care, pay me RM2000 now!” sambil menghentak stereng lock ke atas kereta warga emas tersebut. Malah terdapat beberapa ayat yang berbaur perkauman.

Kami berharap agar dia membuat permohonan maaf kepada warga emas tersebut secara terbuka dan mengaku kesalahannya. Gambar-gambar viral gadis tersebut kami paparkan di bawah.