Umum ketahui akak kepada penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza. yang pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia, Siti Saida telah bercerai dengan suaminya sekitar tahun 2011 kerana bekas suami tidak menghormati arwah ayahnya. Kita lupakan kisah itu kerana Siti Saida kini sudah ada pengganti teman hidup.

Sewaktu menghadiri Ulang Tahun Sitizone yang ke-10, mata-mata melihat Siti Saida hadir bersama pasangan yang jelas bukan ahli keluarga Datuk Siti. Apabila di riki, menurut beberapa peminat kelab itu, lelaki bernama Apit itu merupakan kekasih baru Siti Said yang bernama Apit.

Siti Saida pula apabila ditemubual berkata

Buat masa ini kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Biarlah hubungan ini berjalan mengikut aturannya. Seperti saya, dia juga mempunyai anak menerusi hubungannya terdahulu. Dia seorang yang berfikiran matang dan doakan agar hubungan ini dapat berjalan dengan lancar.

Malah, perbezaan usia juga bukanlah menjadi penghalang kepada hubungan ini.

Semoga cepat ditemukan jodoh ya Siti Saida. Gambar penuh selepas ini.