113

Tak angin tak angin, tak ada taufan, tiba-tiba vokalis utama Meet Uncle Hussain yang manis, Lan, jatuh pengsan di Balai Berita, NSTP, Bangsar petang semalam! Lagi gambar menyusul…
Murai Batu dimaklumkan perkara ini oleh seorang saksi yang melihat insiden mengejutkan itu sejurus sebelum Lan dan rakan-rakan artis lain menjayakan sidang media Karnival Amal Tabung Gaza bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008.

“Ketika kejadian berlaku, Lan sedang berjalan ke kafe NSTP dengan wartawan hiburan NST Hafidah Samat. Mulanya mereka berjalan bersama tapi satu peringkat, Hafidah menyedari dia sedang bercakap seorang diri. Rupanya apabila menoleh ke belakang, Lan sudah terkulai di atas lantai.

“Terkejut dengan kejadian itu, Hafidah meminta bantuan beberapa orang yang berada di situ untuk menolong Lan.  Hafidah juga terus berkejar ke klinik NSTP untuk mengambil sebuah kerusi roda untuk Lan,” kata saksi itu.

210

Kredit berita: Lan Meet Uncle Hussain Jatuh Pengsan (Murai)