16

Bahagia sungguh Nadia ketika SMS CAK mengenai kelahiran bayinya. Namun ketika itu belum diberi nama lagi. Esoknya baru CAK diberitahu yang Nadia dan suami, Hazil Izham memilih nama Qaliff Izham untuk ahli keluarga barunya. (— Ingin lihat binatang peliharaan Nadia? Tekan sini.)

Nadia kini berehat sambil berpantang di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Namun bukan keseorangan kerana ibunya yang tinggal di Kuala Lumpur akan menjaganya sepanjang tempoh dua bulan itu. Tahniah!