Monday , March 27 2023

(Gambar) Perkahwinan Que Haidar – Linda Jasmine di Taib Andak

119

Genap sebulan satu hari disatukan, kini pasangan sepadan itu diraikan pula keluarga Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar dalam majlis sambut menantu di Dewan Serbaguna, Felda Taib Andak (lokasi sama persandingan Mawi-Ekin).

Berbanding majlis Mawi dan Ekin yang berlangsung dalam suasana sesak serta penuh kejutan apabila pengantin dibawa menaiki helikopter, hari bersejarah Que-Linda pula cukup tenang dan serba ringkas tanpa meminggirkan adat istiadat Melayu.

Jika kebanyakan pengantin memilih berarak dengan kereta mewah, Que dan Linda sepakat mengabadikan memori perkahwinan mereka dengan menaiki beca berhias setibanya di pekarangan dewan kira-kira jam 2 petang.

Que berkata, idea menaiki beca itu kerana dia mahukan sebuah majlis perkahwinan ‘ala kampung’ sekali gus mengembalikan suasana adat perkahwinan penuh tradisi.

212

39

43

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …

18 comments

  1. tak seswai langsung aku ngok

  2. ala..amy jeles la 2..haha

  3. abs tue,sesuai ngan kau ker amy?kuikuikui

  4. cantek arr baju kawen gamba yg atas skalik tuh

  5. beto gak kate amy tuh…linda ni comel sgt2 tp Q?huhuhu.xpe la,smg prnikahan mrk brkekalan…amin.

  6. mak ngan anak…

  7. betul222222222………dah jodoh dia …redo jerla yer

  8. yela…jodoh kite masing2 da ditentukan Allah swt kan…..muge hubungan yg dibina di atas kasih sayang itu berkekalan lah hendaknye kannn….aminn

  9. aku nampak Q nih macam budak2 bila dok sebelah linda…

    • haha! itu saya sokong.. dia ingat dia bela rambut panjang tu nampak macho macam artis jepun la konon.. muke mcm biawak ade lah.. huhu

  10. Alaaaaaaaaa…..!!!!!!!!!! x kn ini je gambarnya…????!!! x puas aku tgk. Nk lagi..!! Nk lagi..!!

  11. kembang seri pagi

    Korang ni org kawin pn mengutuk, org bercerai lagilah korang kutuk. patutnya bersyukur org bina masjid. ni asyik mengutuk jer. x paham aku.

  12. kekekekek ape laa korang ni
    pada aku ok ape Que dan jasmine… seswai…
    sama cantik sama padan…
    syukur sgt diaorg selamat diijabkabulkan

    Que bertuah dapat isteri yg dah ade anak, bonus rahmat tuhan
    Moga mereka dimurahkan rezeki…amin

  13. ye la, apa lah korang nie… Asyik nk mgnutuk org je. Kawen kutuk, cerai lbh2 lah lg… Patutnya tumpang bhagia org mdirikan masjid. X gitu?

  14. btol…eh korang tgk x jangan tidur g bru2 nier…yang que haidar jadi artis jemputan……..hehehehehehehehe……..pasti adlin tnyer linda taw…selepas berkahwin aper yang rase…die jawap`saye rase happy n puas`…puas per tu..hahahaha

  15. adehhh…korg ni dh org kwen kena kutuk…bceraipn lg kena hentam cukup2…ok ar tu dh smpi seru..ngn sape2 je jodoh org kite xtau..xpntg paras rupe tu seme..yg penting ati tu ikhlas…suke sm suke..heheh 😀

  16. mediamalaya, kamu yakin ke masjid yang kamu bina tu kukuh or not… Mengata orang je lebih. Dapat balasan nanti baru tau.