Sebelum ini majlis pertunangan mereka asyik tertangguh kerana jadual kerja yang padat. Memahami perkara yang baik tidak elok tertangguh terlalu lama, Emelda dan Adlin sepakat memilih 14 Mac untuk mengadakan majlis pertunangan itu kerana ia juga hari jadi Emelda ke-29.
Emelda yang mengenakan baju kurung moden rona putih rekaan Kia Conggo kelihatan berseri-seri menanti rombongan peminangan keluarga Adlin dari Kuala Lumpur. Rombongan disertai enam kereta itu yang sepatutnya tiba jam 11 pagi terlewat sedikit kerana kesesakan jalan raya. Pun begitu, debaran Emelda berakhir sebaik melihat rombongan peminangan tiba di halaman rumahnya pada jam 12.30 tengah hari.
Rombongan keluarga Adlin diketuai adik ibunya, Rosminah Sidek (Mak Mah) iaitu Rosnan Sidek. Majlis diteruskan dengan acara peminangan, di mana keluarga Adlin menyerahkan tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan daripada keluarga Emelda. Bagaimanapun, jumlah hantaran itu bertambah kerana saudara mara Emelda turut membawa kuih muih untuk diberi kepada bakal pengantin lelaki.
Barang hantaran untuk Emelda termasuk tepak sirih, sepasang baju, coklat, buah-buahan dan kek. Adlin pula menerima buah-buahan, coklat, baulu, biskut, limau bali, tali pinggang dan kemeja-T.
Seterusnya Rosnan menetapkan wang hantaran sebanyak RM29,000 dan mas kahwin berjumlah RM1,001. Atas rasa kesyukuran bakal menerima menantu baru, Mak Mah menambah RM1,000 lagi menjadikan jumlah wang hantaran RM30,000. Tarikh persandingan pula ditetapkan pada 23 Mei ini iaitu sempena hari jadi Adlin ke-37 tahun.
yahooo……cute nye…….auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…cantiknya amelda…adlin?kot.
Tapi mel cam gemuk sket…
tahniah kpd diorang…smoga berkekelan selama2nya
tak sabar nak tgok pkahwinan diorg..msti meriah dgn gelagat keluarga mereka nanti…but adlin be careful mybe geng wakenabeb akan knakan u smasa bsanding nanti…tak sabar nak tgok adlinDA
Bagai pinang dibelah dua
bagai pinang d belah lima………..haha
smoga berbahagia hingga akhir hayat..