Proton bakal mengumumkan kereta keluaran baru bagi kategori Compact Car yang dikenali sebagai Proton Iriz pada hujung tahun 2014.

Menurut sumber, kereta ini bakal dijual serendah RM28 ribu sehingga RM43 ribu mengikut tiga (3) variasi yang disediakan iaitu Standard, Executive dan Premium.

Proton Iriz juga merupakan model terbaru bagi menggantikan Proton Savvy.

Spesifikasi Proton Iriz 2014

Proton Iriz akan dikuasakan dua jenis enjin terbaharu dengan teknologi VVT dalam sesaran 1.3 dan 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork 148Nm, selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 km/j. Proton Iriz juga akan dipadankan transmisi manual dan automatik, serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.