Kecoh baru-baru ini apabila tersebar video pelakon Ruhainies sedang bermesra dengan suami Adira AF, Dato’ Red baru-baru ini. Dalam kenyataan Ruhainies, dia mendakwa disabotaj dan dirinya diperangkap.

Video yang tersebar itu memberi tamparan hebat buatnya apabila hampir keseluruhan rakyat Malaysia mengutuk dan mengeji perbuatannya yang keluar bersama suami orang dan lebih menarik, dibiarkan pinggangnya dipeluk.

Terbaru, kami menerima email mengatakan Ruhainies sudah mempunyai teman lelaki dan telah bercinta sejak empat tahun lepas. Berdasarkan gambar-gambar yang diberikan itu jelas menggambar betapa mesra dan romantiknya mereka.

Kami juga difahamkan, teman lelakinya bukan sahaja kacak namun berduit juga orangnya. Jadi apakah yang cuba dikejar oleh artis ini sehingga menjadi bualan hangat berdating dengan suami Adira?