Baru-baru ini Awie telah berkongsi gambar kehidupannya selepas diijabkabulkan pada 7 oktober lalu dengan pilihan hati, Sharidah Ladyana Shamsuddin. Awie dikejutkan dengan sambutan hari jadinya dan isteri oleh pengurusnya, Ejat.
Dipetik caption Awie di Instagram bertulis
Ya Allah Ya Tuhan ku … Tak sangka masih ada lagi hati-hati mulia manusia ini yang mahu mengembirakan aku dan keluarga ku… Syukur…
Mereka membuat kejutan untuk hari jadi ku dan isteri ku yang sepatutnya aku nak surprisekan manager aku kerana hari ini adalah hari jadi manager ku ejat.
Apa pun terima kasih kepada REAL WINGS FAMILY yang berusaha dan sentiasa menyokong kerjaya aku dari dulu… Semoga persahabatan semua kekal hingga ke jannah…
Kepada manager aku ejat selamat menyambut hari lahir mu… Semoga segala usaha mu akan diberkati Allah SWT dan dirahmati serta melimpah ruahlah rezeki mu dunia dan akhirat… Aminn Ya Robb