Di bulan mulia elok kita memperbanyakkan ibadah demi mendapat keberkatan berpuasa bukannya maki hamun di laman sosial. Makian yang menimpa seorang “follower” artis wanita popular, Azwan Ali telah mendapat perhatian pemilik restoran Me’nate Steakhouse dan beliau telah bertindak memberikan “hadiah” iaitu makan steak secara percuma di restoran tersebut.
BACA: Azwan Ali maki hamun peminat bagi jawapan betul
Gara-gara tersilap maki “follower”nya, Azwan telah bertindak menukar privasi akaunnya kepada “private” di mana tweet-tweet tersebut hanya boleh dibaca oleh “follower”nya sahaja. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata pergi Mekah banyak kali pun belum tentu berubah. Eh teruk betul peribahasa kami. Heh!
Thank you Azwan Ali. Sebab hang la cek dapat makan freeee dengan family cek. Alhamdulillah ?? pic.twitter.com/u3zvLnGi4Y
— Ajiwaaaa (@NurAziraWA) June 28, 2015