Kami berasa berbangga apabile membaca komen daripada artis di blog kami. Selain daripada pengurus Eliza Razak merangkap tunangannya, Joe. Abby Abadi juga telah meninggalkan komen di blog ini.

Dengan cara ini, bukan sahaja artis dapat menepis gosip-gosip liar buat mereka malah merapatkan silaturrahim di antara peminat dan artis itu sendiri.

Kami masih menanti Nabil menjawab isu gambar cium super-impose di sini, dan jualan langsung AC Mizal tanpa lesen, testimoni palsu dan penutupan fanpage gelang tungsten di sini.

Buat akak Abby, serius gambar bersama menyambut birthday Zul Ariffin diberikan oleh peminat. Mungkin orang terdekat memberikannya kepada kami? Wallahualam. Cube teka… cube teka… 😀

Kak Abby sangat kool menjawab kutukan-kutukan buatnye di ruangan komen tersebut. Tapi kami tak kutuk kak Abby, malah kami mempromosikan hubungan kak Abby dan Zul Ariffin berdua di blog ini. Thank you for the comment kak Abby, we love ya!