nas-adila-tunang

Pertunangannya yang menjadi bualan ramai kerana penuh kontroversi (— baca sini) kini semua itu hanya tinggal kenangan. Nas Adila sah mahu memutuskan pertunangannya dengan Putera Megat Azizul atas alasan perkara yang sangat peribadi. Dia kemudian memberitahu media bahawa dia ingin meneruskan karier seninya. Biar betul? Orang pertama yang telah di’undi keluar dari Akademi Fantasia musim ke-7 masih terasa dia mempunyai peminat.

KUALA LUMPUR: “Buat masa sekarang saya masih lagi tunangan orang, tetapi sedang dalam perancangan untuk putus tunang,” kata penyanyi Nas Adila Mohd Dan, 23, menjelaskan status sebenar hubungannya dengan tunang, Putera Megat Azizul Azree Baharin.

Menurutnya, setakat ini cincin pertunangan belum dipulangkan kepada Putera Megat Azizul Azree, tetapi ia dijangka dilakukan minggu ini.

“Puncanya (putus tunang) disebabkan perkara yang terlalu peribadi dan saya tidak dapat memberitahunya demi menjaga hati kedua-dua pihak.

“Dalam pertunangan, kita akan kenal hati budi masing-masing dan mungkin tiada jodoh, ikatan kami tidak berpanjangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.