Tuesday , November 24 2020

Gosip isteri seorang janda, Fahrin Ahmad nafi

Rumah baru sahaja siap, pahat masih berbunyi, mungkin itu peribahasa yang sesuai. Itulah yang dihadapi oleh Fahrin hari ini. Di majlis pernikahan mereka yang berlangsung dengan lancar, timbul pula gosip kurang enak mengatakan isterinya, Elena Hani seorang yang berstatus janda.

Malah gosip tersebut juga mengatakan Elena sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulunya. Dipetik Fahrin Ahmad berkata

Selepas saya mengadakan sidang media Selasa lalu, banyak komen dan spekulasi tentang bakal isteri saya. Ada khabar angin yang menyatakan dia adalah seorang janda dengan anak. (Fahrin kemudiannya memandang Elena sambil bertanya dalam nada bergurau). Awak tak pernah kahwin sebelum nie kan? (kemudiannya Elena menggelengkan kepala dengan malu-malu).

Kalau saya umumkan perkahwinan ini tahun lalu, saya tak rasa ia akan jadi realiti seperti hari ini. Sekarang saya boleh nampak hikmahnya untuk merahsiakan Elena. Bersyukur saya berada di sampaing orang yang boleh dipercayai, dan semuanya menjadi kenyataan kerana itu.

Sebagai nota, Elena merupakan graduan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pernah bekerja di syarikat guaman Cheang & Ariff di Kuala Lumpur sebelum menyertai Emirates Airlines sebagai seorang pramugari.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

PU Abu dikecam kerana bermain TikTok

Siapa sangka pendakwah bebas seperti Pencetus Ummah Abu (PU Abu) di kalangan manusia yang terjebak …

counter statistics