Sunday , March 26 2023

Gosip Rita Rudaini bercinta dengan Donna Muslim

1-donni-muslim-rumah-kueh-mediamalaya

Segala gosip bermula apabila Rita Rudaini memanggil pengacara HLive, Donna Muslim sebagai “boyfriend”, disebabkan itu ramai yang beranggap mereka berdua betul sedang bercinta.

Gosip itu dikukuhkan lagi dengan bukti Donna sering berkunjung ke restoran milik Rita, Rumah Kueh di Kota Damansara dan perjumpaan mereka dikatakan mesra.

Gosip ini dinafikan oleh Donna dan hanya menjelaskan mereka berdua tidak lebih daripada seorang sahabat. Donna juga mengakui berasa selesa berkawan dengan Rita yang baru dikenalinya setahun lalu.

 

Donna yang diajukan soalan berkenaan panggilan “boyfriend”, bagaimanapun tidak mudah melatah dan menganggap Rita sekadar bergurau.

donni-muslim-rumah-kueh-mediamalaya

Dipetik Donna berkata

Kami berdua hanya berkawan sahaja, namun di antara rakan-rakan artis yang saya kenali, saya selesa bersama Rita kerana dia banyak membimbing saya. Dan perkara itu juga membuatkan saya respek kepadanya.

Saya kenal Rita sejak tahun lalu lagi dan mula selesa berkawan sejak saya terbitkan program LePaknil. Pada ketika itu Rita merupakan artis undangan bagi program tersebut.

Saya tak anggap itu sebagai satu perkara yang serius, mungkin Rita bergurau sahaja. Sejujurnya Rita ini orangnya susah nak berkawan dengan lelaki, jadi apabila dia panggil saya macam itu, maknanya saya adalah kawan lelakinya.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

PU Abu dikecam kerana bermain TikTok

Siapa sangka pendakwah bebas seperti Pencetus Ummah Abu (PU Abu) di kalangan manusia yang terjebak …