Jika empat tahun lalu, Mawi dan Ikin dikhabarkan membeli sebuah rumah banglo bernilai RM 1juta di kawasan kelab golf Bandar Baru Bangi, kini sekali lagi cerita mengenai rumahnya itu diperkatakan.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, dikhabarkan sudah menjual rumah banglo miliknya itu kerana tidak mampu lagi menanggung kos penyelenggaran dan bayaran bulanan rumah tersebut. Mawi juga dikhabarkan mengalami masalah kewangan berikut kesuraman kariernya sekarang dan masalah album nya yang tidak laku dipasaran.

Bertanya khabar yang melanda juara Akademi Fantasia Musim ketiga ini, Mawi menafikan bahawa rumah banglo miliknya itu sudah dijual.

Setakat ini saya masih lagi tinggal di Bangi dan masih lagi belum membuat apa-apa transaksi penjualan keatas rumah itu. Saya tidak tahu mana datang cerita ini, tapi yang pasti saya tidak lagi berniat untuk menjual rumah itu
Sumber dipetik: ManggaOnline