Kemelut pertelingkahan tiada penghujung Hafiz Hamidun dan bekas isteri, Joy Revfa masih tiada jalan penyelesaian.
Mahkamah telah mengesahkan bahawa perceraian Joy Revfa dengan bekas suami terdahulu adalah sah dan Joy telah membuat kenyataan akhbar bahawa dia dan Hafiz Hamidun pernah bersama sepanjang mereka gelar suami isteri.
Namun, semalam Hafiz Hamidun telah menafikan kenyataan bekas isterinya itu melalui laman Twitter.
Hafiz tidak memberi kenyataan lanjut berkenaan tweet dan bituran sebenar mengenai perceraian mereka berdua yang disahkan semalam oleh Mahkamah Syariah Shah Alam.
Apa pun, kami harapkan kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik kerana ini melibatkan maruah mereka berdua sendiri dan status masing0masing.