Sunday , March 26 2023

Hafiz Hamidun saman Syarikat Tekstil Kamdar, nafi mahu cepat kaya

Pada Februari 2017, Syarikat Tekstil Kamdar telah dilaporkan menggunakan nama Hafiz Hamidun tanpa kebenarannya bagi mempromosikan produk mereka dan kes ini telah berlanjutan selama setahun sebelum ia diputuskan kemenangan berpihak kepada artis tersebut.

Dipetik Hafiz Hamidun berkata

Alhamdulillah, setelah lebih setahun akhirnya mahkamah memutuskan saya memenangi kes ini pada Selasa lalu.

Apa yang saya lakukan ini adalah untuk melindungi nama saya yang sudah didaftarkan sebagai hak cipta dan trademark untuk perniagaan saya yang turut mengeluarkan beberapa produk berkaitan tekstil dan baju

Hafiz telah dikecam teruk oleh netizen kerana mengambil langkah untuk menyaman syarikat tersebut dikatakan bertujuan bagi cepat kaya namun telah dijelaskannya ia adalah bagi melindungi namanya.

Saya sedar ramai netizen yang kecam dan anggap saya ‘poyo’ dan memperlekehkan usaha saya dengan menganggap saya ambil jalan mudah untuk jadi kaya.Terpulang kepada mereka kerana apa yang saya lakukan hanya untuk mempertahankan hak saya sahaja

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …