Friday , August 14 2020

Hafiz Siup bakal bernikah 14 Mei 2016

Penyanyi terkenal dari rancangan popular Akademi Fantasia, Hafiz Suip bakal melangsungkan perkahwinannya dengan jelitawan pilihan hati, Nureffy Jesreel Abdullah setelah 3 bulan bertunang. Hafiz juga telah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka pada 14 Mei ini.

Dipetik Hafiz berkata

Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin saya berasa gementar. Pada masa sama, macam-macam cabaran yang datang. Bagaimanapun saya anggap ianya sebagai perkara biasa yang dilalui oleh bakal suami seperti saya

Apabila bertemu sesiapa pun, andainya soal kahwin yang dibicarakan, ia menambah tekanan. Apapun, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab ini. Diharapkan, apa yang dirancang kelak akan berjalan lancar. Insya-Allah

Menurut penyanyi itu, persiapan majlis perkahwinannya di Kuching telah 70 peratus siap, dia juga mengakui teringin untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannnya di Kuala Lumpur namun buat masa ini belum mempunyai kata putus.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …

One comment

  1. Tahniah Hafiz kalau dah jodoh tak ke mana…. http://www.gerobokbuku.com/

counter statistics