Gambar-gambar terbaru ini telah dikongsi oleh Marion Caunter di laman peribadi Instagramnya yang memaparkan baby bump. Kami difahamkan melalui post-postnya yang lepas bahawa jantina anak ketiga ini adalah lelaki.
Marion Caunter kini sedang berada di Seoul, Korea bagi menghadiri majlis pelancaran Chanel Jewellery. Sudah pasti dia akan lebih berkongsi gambarnya di Insta dan kami akan paparkan di sini kemudian.