Thursday , August 13 2020

Harga Petrol Turun Lagi

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

•  Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter;

•  Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan

•  Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Penurunan harga petrol dan diesel itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ini merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak petrol dan diesel.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada 31 Oktober lalu.

Sumber diambil daripada Malaysiakini

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Dato’ Dr Noraini Ahmad dikecam anjurkan pertandingan TikTok

Dato’ Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah dikecam hebat oleh netizen gara-gara memuat naik …

counter statistics