Terdapat dua artis yang berkahwin pada minggu ini dan menjadi tumpuan pihak media iaitu perkahwinan Zira Abu Zahar dan perkahwinan Lan A to Z. Namun pada tarikh ini juga, Hattan penyanyi lagu tangkap leleh Rendang Tak Berbuah melangsungkan majlis pernikahannya.

Majlis ini diadakan secara tertutup dihadiri lebih kurang 100 orang ahli keluarga terdekat dan sahabat handai. Dengan sekali lafaz, Hattan secara sah menjadi suami orang kepada seorang wanita berusia sekitar 30-an yang berjaya membuka hatinya.

Hattan masih belum bersedia memperkenalkan isterinya itu kepada umum, namun kaki gosip CARI telah menemui gambar tersebut di laman sesawang Facebook.