Tahniah kami ucapkan buat Haziq AF atau nama sebenarnya Haziq Rosebi dan isterinya, Maisarah Mohd Sidki selepas selamat menimang cahaya mata lelaki yang dilahirkan pada jam 12.49 pagi, Isnin lalu bersempena dengan Hari Raya Aidiladha. Bayi tersebut dilahirkan seberat 2.87 kilogram.

Buat masa sekarang, nama bayi belum diberikan namun dia bercadang untuk menamakan anaknya berkaitan dengan sambutan Hari Raya Haji.

Caption Haziq AF di Instagram bertulis

Welcome to the world my son…Tidak dijangka hendak keluar awal, sepatutnya 23 haribulan ini.

Tetapi ini perancangan Allah yang tiada siapa tahu,” katanya.