Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad telah kehilangan 1.2 juta pengikut di Instagram gara-gara akaunnya digodam, petang semalam.
Menurut Nabil, keadaan itu memberi tekanan buatnya memandangkan akaun itu banyak tersimpan memori dan detik indah sepanjang kelahiran anak mereka dan merupakan antara medium untuk menjana pendapatan.
Dipetik Nabil berkata
Sudah pasti keadaan ini menyukarkan tugasan harian termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan. Sebagai langkah lanjut, saya membuka akaun baharu dengan nama @Nabilzira.
Tidak sangka dalam saya mengambil langkah berjaga-jaga selepas mengetahui beberapa rakan selebriti sebelum ini pernah menjadi mangsa godam, akhirnya terkena jua.