Tahniah kami ucapkan kepada Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer yang bakal menimang anak pertama mereka. Difahamkan Irma Hasmie kini sedang mengandung 5 minggu. Dipetik Irma berkata

Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.

“Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.

“Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan.