Pasangan suami isteri, Nubhan AF dan isterinya, Afifah Hidayah baru sahaja merasa teruja bakal bergelar ibu bapa menerima berita buruk apabila isteri disahkan mengalami keguguran selepas mengandung tujuh minggu.

Isteri Nubhan kini berada di Cairo, Mesir kerana sedang menuntut dalam bidang perubatan di sana.

Dipetik Nubhan berkata

Wife keguguran ketika kandungan berusia tujuh minggu dan keguguran ini kemungkinan faktor kurangnya penjagaan kesihatan diri isteri di sana.

Kami sekeluarga di Malaysia hanya mampu memberikan moral support dari segi pemberian info tentang perkara-perkara yang harus dia lakukan. Isteri juga telah mendapatkan rawatan di Hospital sana dan dijaga oleh kawan-kawannya.