Saturday , May 15 2021

Isteri pelakon Shukri Yahya dijangkiti penyakit kencing tikus

Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya telah dimasukkan ke hospital swasta dan telah ditahan apabila disahkan dijangkiti virus leptospirosis atau kencing tikus hari ini.

Siti Nurfatihah telah demam selama 10 hari dan pihak klinik tidak dapat mengesan tanda-tanda penyakit sebelum dirujuk ke hospital pakar. Suhu badannya mencecah 39 – 40 darjah celcius dan mengigil apabila menjelang malam. Dipetik Shukri berkata

 

“Dalam tempoh 10 hari itu, ada hari yang dia sihat namun apabila diserang demam, suhu badannya mencecah 39 hingga 40 darjah celcius dan badan akan menggigil menjelang malam.

“Apabila badan Tya mula sakit-sakit dan dinaiki bintik-bintik merah, kami terus ke hospital dan melakukan ujian darah sebelum doktor mengesahkan dia mengalami simptom penyakit kencing tikus,”

Menurut Shukri lagi, kesihatan isterinya itu semakin pulih namun masih perlu berehat di hospital untuk memastikan kesihatannya kembali stabil.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …