ustaz-don-husna2

Ucapan tahniah buat penyampai program TV terkenal, Ustaz Don Daniyal kerana bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Isteri Ustaz Don kini hamil namun beliau enggan mendedahkan usia kandungan anak sulungnya setelah mendirikan rumahtangga sejak 23 Ogos tahun lalu.

“Kini saya sedang menanti kelahiran anak sulung, pada saya sepanjang pengalaman perubahan kehidupan ini, rupa-rupanya menjadi ketua keluarga adalah susah. Bukan senang kerana itu di sini saya ingin melahirkan perasaan kagum kepada semua ayah-ayah di luar sana yang berjaya membentuk keluarga mereka.

“Saya sendiri rasa takut sama ada saya boleh atau tidak mendidik anak saya sama seperti ayah saya mendidik saya sehingga menjadi begini. Apapun, seikhlas hati saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada bapa-bapa yang mendidik anak mereka cintakan Rasul dan Allah SWT,” -Ustaz Don