Datuk K yang semakian kerap menerima gossip (kononnya) mengenai Ala Emak, Datuk K kahwin lagi semalam membuat sidang akhbar tentang status sebenar.

Sebelum ini kita digemparkan dengan gossip (kononnya) Datuk K atau nama tidak glamernya Datuk Khalid Mohd Jiwa telah berkahwin dengan seorang pramugari dari Ipoh, Perak di kota London.

Apa yang menarik MediaMalaya untuk menulis artikel ini ialah isteri beliau, Datuk Siti Nurhaliza ada menyatakan bahawa “Perdana Menteri pun menghadapi perkara seperti ini, tapi Siti sentiasa berdoa terus dikuatkan hati Siti, selagi itu Siti kuat untuk menghadapinya.”

Ini antara dialog jawapan beliau (Datuk K) ketika ditemubual.

Datuk sedar tentang kewujudan gossip tersebut?
Ya, gossip berleluasa. Kawan-kawan saya tidak kira dari utara hingga selatan sibuk bertanya kepada saya tentang kesahihan berita itu. Kawan-kawan di Kuala Lumpur pula, jika berjumpa saya, pun sibuk bertanyakan hal berkenaan. Tak baik buat cerita di bulan Ramadan ini. (Tersenyum)

Bagaimana pula Datuk Siti menghadapi gossip panas ini?
Dia tidak percaya tapi ada juga bertanya (ketawa). Sebenarnya sejak saya berkahwin dengan Siti, 99 peratus masa saya bersama dengannya. Saya tidak pernah pun bercuti bersendirian apa lagi hendak ke London berseorangan. Kalau ada pun saya tinggalkan Siti, itu pun sekejap kerana menguruskan hal-hal berkaitan kerja.

MediaMalaya: Itulah, dulu hendak sangat berkahwin dengan suami orang. Kini suami orang itulah yang rajin buat perangai (kalau betul bukan gossip). Maklumlah orang-orang bujang Malaysia mana boleh tandingi kekayaan Datuk Siti Nurhaliza maka suami orang jadi pilihannya.