Semalam agak riuh di komuniti media sosial apabila video Izara Aishah berpakaian seksi sehingga menampakkan bahagian tertentu menjadi bualan ramai. Video tersebut telah diambil oleh amatur ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 3.0) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), tempoh hari.

Izara tidak cepat melatah, namun telah mengemuka permohonan maaf kerana bertindak untuk berpakaian sedemikian. Dipetik Izara berkata

Assalamualaikum. Izara ingin memohon maaf kepada keluarga, peminat-peminat, dan setiap orang yang tersinggung dengan video yang tersebar di mana izara menghadiri fashion event. Video itu sudah lama, dan bukanlah dari Anugerah Bintang Popular yang baru sahaja berlalu. Video itu bermula disebarkan di What’s App Group sekitar minggu lepas (Sabtu) dan kini di sebarkan di laman2 social media. Video itu disebarkan 2 minggu selepas Adib dan saya mengesahkan cadangan kami untuk berkahwin pada tahun ini. Walaupun Izara teramat Sedih dan Malu dengan kelakuan seseorang membuka Aib Izara sebegitu, Izara terima tunggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf kepada semua. Izara juga anggap ini sebagai suatu Dugaan Allah, dan peringatan bagi Izara. Izara mempunyai tanggungjawab ke atas peminat-peminat dan akan berusaha untuk menjadi contoh yang lebih baik. Terima Kasih.