Wednesday , July 8 2020

Izreen Azminda tidak mahu doakan buat Amar Baharin (4 Gambar)

Umum ketahui, dua selebriti ini sering dikaitkan bercinta selepas kerap bergandingan bersama dalam beberapa drama. Mereka juga kerap bergambar mesra bersama.

Namun sejak akhir-akhir ini di mana Amar bakal berkahwin dengan Amyra Rosli, hubungan antara mereka berdua nampaknya berubah dan agak keruh apabila Izreen mulai mengkritik lakonan Amar dalam sebuah teater di Instagram. Perkara itu mengundang marah Amar.

Dan yang terbaru, Izreen memberitahu Amar dia tidak mempunyai doa buat Amar yang bakal berkahwin tidak lama lagi, malah dia juga menegaskan tidak akan berlakon bersama dan akan mengelak jika bertembung di mana-mana majlis selepas ini. Dipetik Izreen berkata

Kebiasaannya, media akan bertanya apakah doa dan ucapan kepada selebriti yang pernah dikaitkan dengan kita apabila dia akan berkahwin. Jika ditanya pada saya, tiada doa dan ucapan untuk dia.

Saya bukan sekadar tidak boleh berlakon dengan dia (Amar), malah cuba elak bertembung dengan dia di mana-mana majlis. Mungkin dia boleh kata tidak ada apa-apa dengan saya dan boleh tipu semua orang, tetapi, bukan saya.

Saya tidak masalah dengan Amyra, cuma, dia yang sering mengelak atau melarikan diri daripada saya setiap kali bertembung.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

PU Abu dikecam kerana bermain TikTok

Siapa sangka pendakwah bebas seperti Pencetus Ummah Abu (PU Abu) di kalangan manusia yang terjebak …

counter statistics