Tahniah kami ucapkan kepada pasukan bola sepak JDT kerana telah muncul juara Liga Super Malaysia selepas mengalahkan Sarawak dengan satu gol berbalas kosong. Penantian buat pemain dan penyokong JDT telah berakhir selepas kali terakhir menjuarai Liga Super pada tahun 1991.
Tiada apa lagi yang mampu diungkapkan dengan kata-kata apabila keputusan perlawanan sudah pun memihak kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika perlawanan terakhir Liga Super Malaysia 2014 yang telah berlangsung di Stadium Kuching, Sarawak. Perlawanan yang amat mendebarkan jutaan peminat bola sepak ini begitu menarik perhatian ramai pihak lantaran pemenang terus dinobatkan sebagai juara.
Segala usaha, jerit payah dan tenaga yang dicurahkan bagaikan menemui hasilnya apabila mereka kini mampu berbangga dengan pencapaian selaku juara liga seterusnya menjadi wakil Malaysia untuk kejohanan AFC. Tidak lupa juga doa dan harapan seluruh penyokong Harimau Selatan yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan peransang buat kesemua barisan pemain. Tahniah diucapkan buat mereka semua.