Agak kecoh baru-baru ini apabila gambar Jehan Miskin bersama isteri yang dimuat naik ke laman Insta telah dipertikaikan beberapa pihak.
Menurut sumber, terdapat beberapa orang peminat yang menegur loket milik Jehan kerana ia hampir berbentuk salib, ada juga peminat yang menyebelahi Jehan dengan menerangkan maksud loket tersebut adalah bentuk logo pengakap. Persoalannya di sini, jika ia loket pengakap, apakah motif Jehan memakainya?
Pada temubual dengan Berita Harian hari ini, Jehan telah menjawab isu tersebut. Menurutnya,
Apabila isu ini timbul, saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib dan meminta pihak berkenaan merujuk wikipedia. Tetapi, mereka masih menyalahkan saya dan mengatakan memakai rantai bagi seorang lelaki adalah haram.
Saya dilahirkan Islam dan masih berpegang teguh pada agama. Setahu saya, lelaki diharamkan memakai emas dan rantai yang saya pakai itu bukan emas
Sejak akhir-akhir ini, saya tengok masyarakat kita terlalu sensitif, sedangkan benda itu mudah saja. Kalau kita selidik dulu, mungkin takkan berlaku pertelingkahan sebegini. Saya pula hanya menjawab komen untuk membetulkan salah faham.
Saya tidak marahkan pihak terbabit, cuma apabila saya membuat kenyataan balas, ada lagi yang mengatakan loket itu sebagai salib. Jadi saya membalasnya semula untuk memberikan penjelasan sama. Saya tidak menyangka lain pula jadinya.
bendera england pon mcm cross..rmi je suka simpan koleksi gitu..takde sape nk bising ke?
Nak betulkan sikit… laki bkn setakat x leh pakai emas, tp rantai n gelang pn xleh juge.. gelang yg dreka khas utk lelaki pn x leh pakai sbb rantai n gelang adalah perhiasan wanita.
ya betul tu..x kira apa bentukpun lelaki haram pakai gelang atau rantai
sy dilahirkn islam & brpegang teguh pda agama..hurm.."cantik" pic awOk ngn wife awOk (: ..
takde sape nak post gambar tgh berak ke?..pastu tgk apa kata komentar's
Jehan miskin sy suka loket awk
itu kan lambang pengakap. tak pernah tengok masa kat sekolah ke? bengong bebenor pengkritik2 yg perasan ala2 suci itu.. :@