Tahniah buat pelawak, pengacara dan penyampai radio, Johan selepas berjaya menjadi juara di pentas akhir Super Spontan Superstar (SS Superstar) yang berlangsung di Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, malam semalam.

Johan daripada kumpulan Monyet Madia telah berjaya menumpaskan lima peserta akhir lain dan membawa pulang wang bernilai RM100 ribu. Tempat kedua yang membawa pulang RM50 ribu telah dimenangi oleh Abam daripada kumpulan Harimau Hipster dan Achey daripada kumpulan Monyet Mafia ditempat ketiga dengan memenangi RM20 ribu.

Tempat keempat, kelima dan keenam dimenangi oleh Fad Bocey, Ozlyn dan Tauke di mana masing-masing membawa pulang wang bernilai RM5 ribu.