Pelawak dan pengacara radio popular, Johan Raja Lawak telah berjaya dalam kes tuntutan RM1 juta terhadap sebuah syarikat perfileman, Juara Film Production & pengarah Mohd Javed Mohd Nizar apabila mengalami kecederaan selepas dibaling dengan gelas kaca sekitar tahun 2010

BACA: Johan Raja Lawak dibelasah

Sekitar 11 Mei 2010, Johan tercedera di bahagian muka dan kepala selepas bergaduh dengan pengarah drama itu di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Seremban.

Dalam kejadian itu, Johan ditemani isterinya, Ozlyn Wati ke restoran berkenaan berjumpa dengan pengarah itu untuk berbincang tentang drama yang dibintangi mereka berdua. Suasan menjadi kecoh apabila pengarah tersebut bertindak membaling gelas ke arah Johan sehinga menyebabkan kecederaan.

Tahniah buat Johan di atas kes tersebut dan jangan lupa belanja kami kerana sentiasa menyokong anda.