Pelakon, Julia Ziegler kini telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Johan, seorang jurutera mekanikal yang berlangsung semalam (1 Januari 2017) sekitar jam 11 pagi.

Julia menerima mas kahwin sebanyak RM80 manakal wang hantaran telah dirahsiakan. Dipetik Julia berkata

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan. Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi

Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami. Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya.