Sunday , June 4 2023

Juliana Evans bakal menamatkan zaman bujang

Pelakon Juliana Evans bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati iaitu seorang kerabat diraja yang buat masa ini hanya dikenali sebagai Tengku A. Persiapan perkahwinan mereka kini sedang rancak dilakukan.

Dipetik portal Astro Gempak menulis

Miss K dapat tahu artis jelita berwajah kacukan itu sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan kerabat di raja Selangor itu. Khabarnya, kain pasang sudah siap diedarkan. Baik di pihak perempuan mahupun kaum kerabat terdekat pihak lelaki.

Tambah sumber Miss K itu lagi, Juliana atau mesra dengan panggil Ju itu akan terus melangsungkan perkahwinan dengan Tengku A dan tidak ada majlis pertunangan.

Buat masa ini tiada butiran lanjut mengenai majlis pasangan ini.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …