kebetulanatau

Siapa ada terbaca Utusan Malaysia hari ini (β€” 13.06.2009). Tajuk di’muka utama bertajuk “Dakwa dua Datuk” dan tagline menulis UMNO mahu SPRM ambil tindakan bagi bersihkan imej parti – Tengku Adnan. Penulis agak kelakar apabila membaca tajuk utama dan tagline tersebut apabila menukarnya sedikit.

Apakah yang cuba disampai oleh editor akhbar Utusan kepada kita? Cuba pembaca buangkan UMNO, SPRM dan parti – Tengku Adnan. Ayat tersebut akan bertukar kepada Dakwa dua Datuk – mahu ambil tindakan bagi bersihkan imej. Dan kebetulan juga terdapat dua gambar artis bergelar Datuk iaitu Datuk A. Samad Said dan Datuk Siti Nurhaliza sedang membuat persembahan di Malam Puisi Utusan. Mereka berdua jelas mempunyai masalah dengan imej.

Mungkin juga editor Utusan dengan sinis memerli kedua-dua Datuk ini untuk mengubah imejnya. Ya lah, Datuk A. Samad Said walaupun sudah ber’title Datuk tetapi masih berimej comot kerana janggutnya rambutnya yang tidak disikat dan Datuk Siti Nurhaliza pula heboh mengenai caranya berimej tudung dan pakaiannya yang kadang-kadangkala tidak mencerminkan wanita bertudung. Wallahualam. Ini sekadar gurauan sahaja.