Saturday , June 10 2023

Kecoh David McKienzie, Lana Nordin dilanggar di Singapura, video diviralkan

Seorang pengadu halaman popular Singapura, Stomp berhadapan dengan pasangan pelakon Lana Nordin dan suaminya David McKienzie apabila terlibat dalam satu kemalangan kecil sebelum Laluan Kedua Malaysia-Singapura pada Selasa (14 Mac) pada kira-kira 6.30 petang.

Pengadu itu yang kini di luar negara, menceritakan apa yang berlaku kepada isterinya. Isterinya kemudian dihubungi oleh pentadbir halaman itu  untuk berceritakan apa yang telah berlaku.

Dia berkata:

Suami saya dalam perjalanan pulang dari pejabatnya di JB. Jalan itu agak sesak. Kemudian, seorang pemandu (David McKienzie) dilihat cuba untuk memotong di hadapan kereta suami saya.

Sebaik suami saya memberhentikan kenderaanya, pemandu itu terus memotong dan menyebabkan dia melanggar kereta suami saya. Pemandu itu kemudian turun dari keretanya dah memarahi suami saya atas tindakan itu.

Pada pendapat kami, melalui video yang ditonton jelas menunjukkan pengadu bertindak sombong tidak mahu memberi laluan kepada David dan telah menyebabkan berlaku kemalangan kecil dan pertelingkahan. Apa pula pendapat anda?

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

PU Abu dikecam kerana bermain TikTok

Siapa sangka pendakwah bebas seperti Pencetus Ummah Abu (PU Abu) di kalangan manusia yang terjebak …