19

KEKAYAAN 40 individu terkaya Malaysia susut RM75.6 bilion, berbanding RM171.9 bilion setahun sebelumnya kepada RM96.30 bilion sehingga 16 Januari lalu, dengan kemorosotan pasaran saham global sebagai punca utama.

Kaji selidik itu mendapati separuh daripada orang terkaya terbabit merekodkan penurunan 50 peratus dan kini Malaysia hanya memiliki 14 bilionair, kurang lima berbanding tahun lalu.Kuok kekal tempat pertama dalam senarai rakyat Malaysia terkaya dengan aset RM26.6 bilion selepas RM31.5 bilion hartanya berkurangan. Tahun lalu, kekayaan beliau RM58.1 bilion.

Di tempat kedua, jutawan hiburan dan telekomunikasi, Ananda Krishnan yang memiliki kekayaan RM20.1 bilion, diikuti tempat ketiga, pemilik bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan aset RM8.15 bilion.

27

Tangga keempat dipegang pemilik IOI Corporation Bhd, Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM7.4 bilion dan kelima pemilik Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dengan RM4.5 bilion, berkurangan berbanding RM11.1 bilion yang dimiliki sebelumnya.

Balu pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Loo Kim Hua, menduduki tempat keenam rakyat Malaysia terkaya dengan nilai aset RM3.5 bilion, menjadikannya wanita terkaya di negara ini.