Beberapa hari lalu, rejim Yahudi telah melancarkan serangan ke atas bumi Gaza dan dilaporkan kematian sudah mencecah setinggi 50 orang.
Ramai umat Islam yang prihatin dan mengutuk perbuatan ini terutama juga rakyat Malaysia. Malah artis Malaysia juga melancarkan kempen anti-keganasan yang dilakukan tentera Yahudi ini. Antara yang melakukannya ialah Emma Maembong.
Namun, keprihatinan Emma Maembong telah di caci oleh peminatnya yang rata-rata meminta Emma bukan sahaja prihatin di laman sosial namun lebih dari sekadar prihatin dan doa sahaja.
Apa pendapat anda mengenai perkara ini?